Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN KRIKET L12 MSSD SEGAMAT KELOLAAN MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 11, 12 dan 13 Februari 2014
Tempat : Padang SK Tenang Stesen
Alhamdulillah, kejohanan pertama kelolaan MSSK SELATAN telah berjaya dikelolakan dengan jayanya. Pengalaman menganjurkan kejohanan kali ini amat bermakna. Dengan tempoh kejohanan selama 3 hari bermakna kos yang agak tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak MSSK SELATAN.
Walaupun begitu, kerjasama daripada sekolah2 yang telah dilantik sebagai JK Pengelola amatlah baik. SK LKTP Kemelah selaku JK Alatan Am dan siaraya telah memberikan kerjasama yg sangat baik, begitu juga SR Agama Bersepadu yang menghantar 2 orang pegawai selaku urusetia pada kejohanan tersebut.
Namun begitu, agak malang bagi SK LKTP Medoi yang tidak dapat bersama2 MSSK SELATAN untuk Majlis Penutup kerana, majlis tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama SMK Tenang Stesen. Jadi, kebanyakan aspek telah diuruskan oleh SMK Tenang Stesen.
Ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan juga buat SK Tenang Stesen yang sudi memberikan kebenaran untuk menggunakan padang mereka. Selain itu, mereka juga menyediakan jamuan untuk pegawai kejohanan yang sangat baik.

Tiada ulasan: