Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 28/1/2014
Masa : 8:20a.m
Tempat : SK Segamat Baru

Kejohanan Catur MSSK SELATAN 2014 telah berlangsung pada 28/1/2014 lepas. Segamat Baru selaku tuan rumah telah mengelolakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dan hampir kesemua sekolah tersebut menghantar wakil untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Melayu Raya. Manakala SK Paya Besar menduduki tempat kedua.
Johan bagi kategori L12 dimenangi SJKC Bukit Siput manakala Johan Kategori P12 dimenangi oleh SJKT Bandar Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, peserta, guru pengiring, jurulatih, pengelola.
Setinggi2 penghargaan juga buat SK Segamat Baru yang telah mengelolakan Kejohanan ini selama 2 tahun dgn jayanya.


Tiada ulasan: