Jumaat, 5 April 2013

ALFATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH PN NUR ZANARIAH BINTI ABU BAKAR (PEMBANTU AM PEJABAT, SK MELAYU RAYA)

MSSK Selatan berkongsi kesedihan dengan Warga SK Melayu Raya kerana telah kehilangan seorang kakitangan sokongan iaitu Pn Nur Zanariah binti Abu Bakar, selepas melahirkan anak sulongnya. Alfatihah..

KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSS SEGAMAT

Bertempat di SK Tenang Stesen, pada 4 April 2013, MSSK Selatan telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak L12 MSS Segamat. Perasaan bangga setiap pemain, jurulatih dan penyokong turut dirasai dengan megah oleh pihak MSSK Selatan kerana bukan sahaja berjaya menjadi juara, tetapi kejuaraan itu dimenangi di gelanggang sendiri dan dianjurkan sendiri oleh kita.
team mssk selatan yang menggigit...

sebelum final
 Laluan ke aksi akhir;

  1. MSSK Selatan 0 - 0 MSSK Utara (awal)
  2. MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Jementah (awal)
  3. MSSK Selatan 1 - 0 MSSK Chaah Bekok (semi)
  4. MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Batu Anam (final)

aksi final

aksi penalti separuh akhir mssk utara vs mssk batu anam
 Keputusan rasmi ;

  1. Johan - MSSK Selatan
  2. Naib Johan - MSSK Batu Anam
  3. Ketiga - MSSK Chaah Bekok
  4. Keempat - MSSK Utara

jejaka ensem yang bertugas

result rasmi

penyeri kejohanan

Setinggi penghargaan buat;

  1. JK Pengelola Kejohanan
  2. SK Tenang Stesen
  3. Para Pengadil dan urusetia

Selasa, 2 April 2013

LATIHAN PUSAT BALAPAN DAN PADANG BERMULA


Pagi tadi, latihan pusat Kontinjen Balapan dan Padang MSSK Selatan telah pun dimulakan. Walaupun dengan tenaga jurulatih yang sedikit disebabkan rmai berkursus dan hal - hal lain, latihan tetap dijalankan dengan penuh bersemangat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jurulatih atas komitmen yang diberikan.