Isnin, 24 Februari 2014

KEJOHANAN BOLA BALING MSSK SELATAN

Tarikh : 24/2/2014
Masa : 8:30 a.m
Tempat : SK Canossian Convent
SJKT Ladang Segamat telah mengelolakan Kejohanan Bola Baling MSSK Selatan di Padang SK Canossian Convent.
Melalui pemerhatian yang admin buat sebentar tadi, kejohanan berjalan lancar seperti yang dirancang. Perlawanan demi perlawanan berlangsung mengikut jadual. Tiada kelewatan menunggu pasukan. Syabas diucapkan buat SJKT Ladang Segamat kerana mengelola kejohanan dengan baik. Begitu juga kerjasama semua sekolah yang mengambil bahagian.

Berikut ialah keputusan penuh kejohanan:

Kategori L12

Johan : SK Melayu Raya
Naib Johan : SK Bandar Putra
Ketiga : SK LKTP Kemelah
Keempat : SK Tenang Stesen
Kelima : SJKT Bandar Segamat

Kategori P12

Johan : SK Melayu Raya
Naib Johan : SK LKTP Kemelah
Ketiga : SK Canossian Convent A
Keempat : SK Bandar Putra
Kelima : SK Tenang Stesen dan SK Canossian Convent B

Sabtu, 22 Februari 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK SELATAN KE - 43 TAHUN 2014


Tarikh : 19/2/2014
Tempat : SK Canossian Convent
Pengelola : SJKC Li Chi

Tahniah buat SJKC Li Chi yang telah berjaya mengelola KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK SELATAN buat kali yang kedua.

Tahniah juga buat semua Sekolah Gabungan MSSK SELATAN yang memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan kejohanan ini.

Tahniah juga untuk setiap individu yang terlibat menjayakan Kejohanan ini. Para pegawai kejohanan, para guru pengiring, para jurulatih dan para peserta turut memberikan kerjasama yang sangat baik.

Tahniah kepada SK BANDAR PUTRA kerana muncul sebagai Juara Keseluruhan menewaskan 16 buah sekolah yang lain.

Tahniah kepada SJKT Bandar Segamat, muncul sebagai pemenang emas terbanyak untuk kejohanan kali ini.
Terima kasih dan setinggi penghargaan buat SK Canossian Convent atas kesudiam memberikan kebenaran untuk menganjurkan kejohanan ini buat kesekian kalinya.

Terima kasih juga buat En Sulaiman bin Baharom, Penyelia Kanan Sukan, dan En Ramzol bin Muhammad, Penyelia Sukan yang sudi hadir di Majlis Penutup, seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN KRIKET L12 MSSD SEGAMAT KELOLAAN MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 11, 12 dan 13 Februari 2014
Tempat : Padang SK Tenang Stesen
Alhamdulillah, kejohanan pertama kelolaan MSSK SELATAN telah berjaya dikelolakan dengan jayanya. Pengalaman menganjurkan kejohanan kali ini amat bermakna. Dengan tempoh kejohanan selama 3 hari bermakna kos yang agak tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak MSSK SELATAN.
Walaupun begitu, kerjasama daripada sekolah2 yang telah dilantik sebagai JK Pengelola amatlah baik. SK LKTP Kemelah selaku JK Alatan Am dan siaraya telah memberikan kerjasama yg sangat baik, begitu juga SR Agama Bersepadu yang menghantar 2 orang pegawai selaku urusetia pada kejohanan tersebut.
Namun begitu, agak malang bagi SK LKTP Medoi yang tidak dapat bersama2 MSSK SELATAN untuk Majlis Penutup kerana, majlis tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama SMK Tenang Stesen. Jadi, kebanyakan aspek telah diuruskan oleh SMK Tenang Stesen.
Ucapan terima kasih dan setinggi2 penghargaan juga buat SK Tenang Stesen yang sudi memberikan kebenaran untuk menggunakan padang mereka. Selain itu, mereka juga menyediakan jamuan untuk pegawai kejohanan yang sangat baik.

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 28/1/2014
Masa : 8:20a.m
Tempat : SK Segamat Baru

Kejohanan Catur MSSK SELATAN 2014 telah berlangsung pada 28/1/2014 lepas. Segamat Baru selaku tuan rumah telah mengelolakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dan hampir kesemua sekolah tersebut menghantar wakil untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Melayu Raya. Manakala SK Paya Besar menduduki tempat kedua.
Johan bagi kategori L12 dimenangi SJKC Bukit Siput manakala Johan Kategori P12 dimenangi oleh SJKT Bandar Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, peserta, guru pengiring, jurulatih, pengelola.
Setinggi2 penghargaan juga buat SK Segamat Baru yang telah mengelolakan Kejohanan ini selama 2 tahun dgn jayanya.


ANUGERAH MSSK TERBAIK 2013 - MSSK SELATAN

Alhamdulillah, dan tahniah.

MSSK SELATAN atas komitmen dan juga kerjasama SEMUA WARGA nya telah berjaya dinobatkan sebagai MSSK TERBAIK MSSD SEGAMAT untuk tahun 2013.


Bertitik tolak dari kedudukan kedua pada tahun 2012, komitmen dan dedikasi para jurulatih dan guru2 pengiring pasukan MSSK SELATAN pada tahun 2013 telah membawa kejayaan.
Tahniah dan syabas untuk semua warga MSSK SELATAN. Semoga kecemerlangan ini berterusan untuk tahun 2014.


MESYUARAT JK INDUK MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 15/1/2014
Masa : 2:45 p.m
Tempat : Makmal Komputer, SK Segamat Baru.
Kehadiran : 34 orang

Alhamdulillah, Mesyuarat JK INDUK MSSK SELATAN 2014, berjaya dijalankan dengan jayanya. Telah dihadiri oleh 4/17 guru besar, 15/17 orang GPK Kokurikulum dan 15/17 orang su sukan, mesyuarat memutuskan bebera perkara:

1. Perkara berbangkit - tilam lompat tinggi
2. Pengesahan giliran pengelola permainan
3. Belanjawan MSSK dan kutipan sumbangan
4. Takwim pengelolaan permainan
5. Dan beberapa hal lain.

Tahniah kepada semua ahli MSSK SELATAN. Semoga perjalanan pada tahun ini akan lebih gemilang.

Kredit : SK SEGAMAT BARU atas kebenaran tempat bermesyuarat.

MSSK SELATAN 2014

Selamat Datang 2014...

Lama dah x menulis blog ni. Seperti biasa kita akan menghadapi hari2 yang sama utk tahun 2014.

7 permainan anjuran sekolah2 di peringkat MSSK, manakala 3 permainan kelolaan MSSK Selatan di peringkat MSSD. Antara permainan awal yg akan dikelolakan di peringkat MSSK ialah, catur, Balapan dan Padang serta Bola Baling.

Manakala di peringkat MSSD, permainan yang agak mencabar utk dikelolakan oleh MSSK Selatan iaitu Kriket (memerlukan lebih dari satu hari - bermakna kos meningkat), Bola Tampar dibuat mengikut sistem antara sekolah (melibatkan pasukan yang banyak)

Apa pun dengan komitmen dan juga kerjasama semua sekolah di peringkat MSSK Selatan, insyaallah kita akan berjaya.