Memaparkan catatan dengan label SK Segamat Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SK Segamat Baru. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 28/1/2014
Masa : 8:20a.m
Tempat : SK Segamat Baru

Kejohanan Catur MSSK SELATAN 2014 telah berlangsung pada 28/1/2014 lepas. Segamat Baru selaku tuan rumah telah mengelolakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dan hampir kesemua sekolah tersebut menghantar wakil untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Melayu Raya. Manakala SK Paya Besar menduduki tempat kedua.
Johan bagi kategori L12 dimenangi SJKC Bukit Siput manakala Johan Kategori P12 dimenangi oleh SJKT Bandar Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, peserta, guru pengiring, jurulatih, pengelola.
Setinggi2 penghargaan juga buat SK Segamat Baru yang telah mengelolakan Kejohanan ini selama 2 tahun dgn jayanya.


MESYUARAT JK INDUK MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 15/1/2014
Masa : 2:45 p.m
Tempat : Makmal Komputer, SK Segamat Baru.
Kehadiran : 34 orang

Alhamdulillah, Mesyuarat JK INDUK MSSK SELATAN 2014, berjaya dijalankan dengan jayanya. Telah dihadiri oleh 4/17 guru besar, 15/17 orang GPK Kokurikulum dan 15/17 orang su sukan, mesyuarat memutuskan bebera perkara:

1. Perkara berbangkit - tilam lompat tinggi
2. Pengesahan giliran pengelola permainan
3. Belanjawan MSSK dan kutipan sumbangan
4. Takwim pengelolaan permainan
5. Dan beberapa hal lain.

Tahniah kepada semua ahli MSSK SELATAN. Semoga perjalanan pada tahun ini akan lebih gemilang.

Kredit : SK SEGAMAT BARU atas kebenaran tempat bermesyuarat.

Ahad, 31 Mac 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSK SELATAN


Tarikh   :   7 Mac 2013
Masa    :   8:00 a.m
Tempat :    Padang, SK Tenang Stesen
Penyertaan: 16 pasukan 
Keputusan : Johan - SK Kg Jawa
                   Naib Johan - SK Paya Besar
                   Ketiga - SK Segamat Baru
                   Keempat - SK Pogoh

Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Abdull Wahab bin Gedong, Guru Besar SK Paya Besar, merangkap Pengerusi MSSK Selatan. Hadir sama ialah En. Tugiman bin Sajut, Guru Besar, SK Tenang Stesen, merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan.

Sekalung tahniah buat para peserta, pegawai, pengadil, jurulatih. Tahniah juga dan setinggi - tinggi penghargaan buat Warga SK Tenang Stesen.





KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2013

Pada 23 Januari lepas, kalendar kejohanan peringkat MSSK Selatan bermula dengan berlangsungnya Kejohanan Catur MSSK Selatan di SK Segamat Baru. Tahun 2013 menyaksikan pemegang portfolio pengelolaan bertukar tangan kepada pengelola yang baru. Walaupun begitu, Syabas dan tahniah diucapkan kepada SK Segamat Baru yang berjaya mengelolakan Kejohanan Catur dengan lancar.