Memaparkan catatan dengan label SJKT Bandar Segamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SJKT Bandar Segamat. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Februari 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK SELATAN KE - 43 TAHUN 2014


Tarikh : 19/2/2014
Tempat : SK Canossian Convent
Pengelola : SJKC Li Chi

Tahniah buat SJKC Li Chi yang telah berjaya mengelola KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK SELATAN buat kali yang kedua.

Tahniah juga buat semua Sekolah Gabungan MSSK SELATAN yang memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan kejohanan ini.

Tahniah juga untuk setiap individu yang terlibat menjayakan Kejohanan ini. Para pegawai kejohanan, para guru pengiring, para jurulatih dan para peserta turut memberikan kerjasama yang sangat baik.

Tahniah kepada SK BANDAR PUTRA kerana muncul sebagai Juara Keseluruhan menewaskan 16 buah sekolah yang lain.

Tahniah kepada SJKT Bandar Segamat, muncul sebagai pemenang emas terbanyak untuk kejohanan kali ini.
Terima kasih dan setinggi penghargaan buat SK Canossian Convent atas kesudiam memberikan kebenaran untuk menganjurkan kejohanan ini buat kesekian kalinya.

Terima kasih juga buat En Sulaiman bin Baharom, Penyelia Kanan Sukan, dan En Ramzol bin Muhammad, Penyelia Sukan yang sudi hadir di Majlis Penutup, seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 28/1/2014
Masa : 8:20a.m
Tempat : SK Segamat Baru

Kejohanan Catur MSSK SELATAN 2014 telah berlangsung pada 28/1/2014 lepas. Segamat Baru selaku tuan rumah telah mengelolakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dan hampir kesemua sekolah tersebut menghantar wakil untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Melayu Raya. Manakala SK Paya Besar menduduki tempat kedua.
Johan bagi kategori L12 dimenangi SJKC Bukit Siput manakala Johan Kategori P12 dimenangi oleh SJKT Bandar Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, peserta, guru pengiring, jurulatih, pengelola.
Setinggi2 penghargaan juga buat SK Segamat Baru yang telah mengelolakan Kejohanan ini selama 2 tahun dgn jayanya.