Memaparkan catatan dengan label Kejohanan Catur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejohanan Catur. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2014

Tarikh : 28/1/2014
Masa : 8:20a.m
Tempat : SK Segamat Baru

Kejohanan Catur MSSK SELATAN 2014 telah berlangsung pada 28/1/2014 lepas. Segamat Baru selaku tuan rumah telah mengelolakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dan hampir kesemua sekolah tersebut menghantar wakil untuk kategori lelaki dan perempuan.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Melayu Raya. Manakala SK Paya Besar menduduki tempat kedua.
Johan bagi kategori L12 dimenangi SJKC Bukit Siput manakala Johan Kategori P12 dimenangi oleh SJKT Bandar Segamat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, peserta, guru pengiring, jurulatih, pengelola.
Setinggi2 penghargaan juga buat SK Segamat Baru yang telah mengelolakan Kejohanan ini selama 2 tahun dgn jayanya.


Ahad, 31 Mac 2013

KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2013

Pada 23 Januari lepas, kalendar kejohanan peringkat MSSK Selatan bermula dengan berlangsungnya Kejohanan Catur MSSK Selatan di SK Segamat Baru. Tahun 2013 menyaksikan pemegang portfolio pengelolaan bertukar tangan kepada pengelola yang baru. Walaupun begitu, Syabas dan tahniah diucapkan kepada SK Segamat Baru yang berjaya mengelolakan Kejohanan Catur dengan lancar.