Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

MSSK SELATAN 2014

Selamat Datang 2014...

Lama dah x menulis blog ni. Seperti biasa kita akan menghadapi hari2 yang sama utk tahun 2014.

7 permainan anjuran sekolah2 di peringkat MSSK, manakala 3 permainan kelolaan MSSK Selatan di peringkat MSSD. Antara permainan awal yg akan dikelolakan di peringkat MSSK ialah, catur, Balapan dan Padang serta Bola Baling.

Manakala di peringkat MSSD, permainan yang agak mencabar utk dikelolakan oleh MSSK Selatan iaitu Kriket (memerlukan lebih dari satu hari - bermakna kos meningkat), Bola Tampar dibuat mengikut sistem antara sekolah (melibatkan pasukan yang banyak)

Apa pun dengan komitmen dan juga kerjasama semua sekolah di peringkat MSSK Selatan, insyaallah kita akan berjaya.

Jumaat, 5 April 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSS SEGAMAT

Bertempat di SK Tenang Stesen, pada 4 April 2013, MSSK Selatan telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak L12 MSS Segamat. Perasaan bangga setiap pemain, jurulatih dan penyokong turut dirasai dengan megah oleh pihak MSSK Selatan kerana bukan sahaja berjaya menjadi juara, tetapi kejuaraan itu dimenangi di gelanggang sendiri dan dianjurkan sendiri oleh kita.
team mssk selatan yang menggigit...

sebelum final
 Laluan ke aksi akhir;

  1. MSSK Selatan 0 - 0 MSSK Utara (awal)
  2. MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Jementah (awal)
  3. MSSK Selatan 1 - 0 MSSK Chaah Bekok (semi)
  4. MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Batu Anam (final)

aksi final

aksi penalti separuh akhir mssk utara vs mssk batu anam
 Keputusan rasmi ;

  1. Johan - MSSK Selatan
  2. Naib Johan - MSSK Batu Anam
  3. Ketiga - MSSK Chaah Bekok
  4. Keempat - MSSK Utara

jejaka ensem yang bertugas

result rasmi

penyeri kejohanan

Setinggi penghargaan buat;

  1. JK Pengelola Kejohanan
  2. SK Tenang Stesen
  3. Para Pengadil dan urusetia

Ahad, 31 Mac 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSK SELATAN


Tarikh   :   7 Mac 2013
Masa    :   8:00 a.m
Tempat :    Padang, SK Tenang Stesen
Penyertaan: 16 pasukan 
Keputusan : Johan - SK Kg Jawa
                   Naib Johan - SK Paya Besar
                   Ketiga - SK Segamat Baru
                   Keempat - SK Pogoh

Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Abdull Wahab bin Gedong, Guru Besar SK Paya Besar, merangkap Pengerusi MSSK Selatan. Hadir sama ialah En. Tugiman bin Sajut, Guru Besar, SK Tenang Stesen, merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan.

Sekalung tahniah buat para peserta, pegawai, pengadil, jurulatih. Tahniah juga dan setinggi - tinggi penghargaan buat Warga SK Tenang Stesen.