Jumaat, 17 Mei 2013
Jumaat, 5 April 2013
ALFATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH PN NUR ZANARIAH BINTI ABU BAKAR (PEMBANTU AM PEJABAT, SK MELAYU RAYA)
MSSK Selatan berkongsi kesedihan dengan Warga SK Melayu Raya kerana telah kehilangan seorang kakitangan sokongan iaitu Pn Nur Zanariah binti Abu Bakar, selepas melahirkan anak sulongnya. Alfatihah..
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSS SEGAMAT
Bertempat di SK Tenang Stesen, pada 4 April 2013, MSSK Selatan telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak L12 MSS Segamat. Perasaan bangga setiap pemain, jurulatih dan penyokong turut dirasai dengan megah oleh pihak MSSK Selatan kerana bukan sahaja berjaya menjadi juara, tetapi kejuaraan itu dimenangi di gelanggang sendiri dan dianjurkan sendiri oleh kita.
![]() |
team mssk selatan yang menggigit... |
![]() |
sebelum final |
- MSSK Selatan 0 - 0 MSSK Utara (awal)
- MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Jementah (awal)
- MSSK Selatan 1 - 0 MSSK Chaah Bekok (semi)
- MSSK Selatan 2 - 0 MSSK Batu Anam (final)
![]() |
aksi final |
![]() |
aksi penalti separuh akhir mssk utara vs mssk batu anam |
- Johan - MSSK Selatan
- Naib Johan - MSSK Batu Anam
- Ketiga - MSSK Chaah Bekok
- Keempat - MSSK Utara
![]() |
jejaka ensem yang bertugas |
![]() |
result rasmi |
![]() |
penyeri kejohanan |
- JK Pengelola Kejohanan
- SK Tenang Stesen
- Para Pengadil dan urusetia
Selasa, 2 April 2013
LATIHAN PUSAT BALAPAN DAN PADANG BERMULA

Ahad, 31 Mac 2013
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSK SELATAN
Tarikh : 7 Mac 2013
Masa : 8:00 a.m
Tempat : Padang, SK Tenang Stesen
Penyertaan: 16 pasukan
Keputusan : Johan - SK Kg Jawa
Naib Johan - SK Paya Besar
Ketiga - SK Segamat Baru
Keempat - SK Pogoh
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Abdull Wahab bin Gedong, Guru Besar SK Paya Besar, merangkap Pengerusi MSSK Selatan. Hadir sama ialah En. Tugiman bin Sajut, Guru Besar, SK Tenang Stesen, merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan.
Sekalung tahniah buat para peserta, pegawai, pengadil, jurulatih. Tahniah juga dan setinggi - tinggi penghargaan buat Warga SK Tenang Stesen.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK SELATAN 2013
Kejohanan Balapan dan Padang MSSK Selatan 2013 telah berlangsung pada 21 Mac yang lalu. Ianya telah dianjurkan oleh SJKC Li Chi. Kejohanan tersebut berlangsung di SK Canossian Convent. Sekalung tahniah buat SJKC Li Chi yang berjaya menganjurkan kejohanan tersebut dengan lancar. Setinggi - tinggi penghargaan juga buat SK Canossian Convent yang sudi menjadi tuan rumah
KEJOHANAN CATUR MSSK SELATAN 2013
Pada 23 Januari lepas, kalendar kejohanan peringkat MSSK Selatan bermula dengan berlangsungnya Kejohanan Catur MSSK Selatan di SK Segamat Baru. Tahun 2013 menyaksikan pemegang portfolio pengelolaan bertukar tangan kepada pengelola yang baru. Walaupun begitu, Syabas dan tahniah diucapkan kepada SK Segamat Baru yang berjaya mengelolakan Kejohanan Catur dengan lancar.
SRAB ANGGOTA KE - 17
Ahlan wa sahlan, wa mar haban kepada SR Agama Bersepadu (SRAB) yang telah menjadi anggota ke -17 MSSK Selatan. Surat perlantikan daripada PPD Segamat telah disampaikan oleh En Sulaiman bin Baharom, Penyelia Kanan Sukan, PPD Segamat, ketika Mesyuarat Induk MSSK Selatan Januari lepas.
Syabas dan tahniah..
Syabas dan tahniah..
PAPARAN BLOG BARU
Admin mohon maaf kerana terpaksa membina semula blog MSSK Selatan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan.
Langgan:
Catatan (Atom)